Saturday, December 11, 2010

Syair 1

Indah putih sinarnya suria,
Dari kayangan mekar cahaya,
Menjadi ningsun kesuma jiwa,
Meruntun hati menggegar sukma.

Tatkala sinar menyentuh jiwa,
Bisakah hati hidup semula?
Hatiku gundah penuh cedera,
Luka sengsara penawar tiada.

Sirnanya dinda bagaikan bisa,
Mati segala pancaindera,
Syurga loka bertukar neraka,
Kerana tiada dinda bersama.