Friday, September 4, 2015

Etika

Tuhan berfirman, sebarkan kebaikan;
Tapi makin ku sebar-sebarkan,
Makin menjadi-jadi kejahatan.
Barangkali aku dikencing tuhan.
Kejahatan barangkali adalah haknya,
Haknya membunuh, menggila dan menyeksa,
Semua ini hak mutlaknya,
Hak mutlaknya menulis bahawa,
"Manusia ada yang masuk neraka,
Sedikit sahaja yang masuk syurga,
Dan semua itu salah mereka,
Kalau aku menyesatkan mereka.
Kerana semua adalah kepunyaan aku,
Dan kepada akulah mereka kembali."
Kembali ke tuhan, jalan yang benar,
Kata mereka. Bilangku; "Benar?
Jalan yang benar itu dikobar-kobar,
Akhirnya nyata tak serupa diuar,
Bunuh, pancung, penggal dan rogol,
Bernaung di bawah bendera rasul!"
Akhirnya ada yang lari,
Merentas laut ada yang mati,
Budak yang tak bernafas lagi,
Dan juga ibunya, siapa peduli!
"Halaukan mereka dari dunia ini!
Syurga kan ada untuk yang dianiaya?"
Dunia ini tempat orang jahat-jahat,
Tapi dikejar juga kuasa dan daulat,
Dalam dunia khalifah dijawat,
Yang lain kafir! Jangan didebat.
Kerana kononnya kerana Yahudi,
Banyak menyoal kepada Nabi,
Akhirnya Yahudi dibenci Ilahi,
Ilahi tak suka disoal sangsi.
Kononnya itulah haknya Ilahi,
Tuhan jahat, salah kita lagi!
"Taubat sajalah, nak kata apa lagi.
Dunia ini memang begini.
Syurga menanti orang yang sabar,
Sabar haknya dicuri, cintanya dirampas,
Sabar badannya sakit, dan mati dengan derita,
Sabar menghadapi ketentuan Yang Berkuasa."
Kalau benar syurga menanti orang yang sabar,
Pastilah Yahudi yang hilang harta dan nyawa,
Kerana dikasari Nazi, Kristian dan Muslim,
Berbondong ke syurga; tapi tidak!
Tuhan tidak memandang kepada orang yang sabar,
Tetapi memandang kepada orang yang mengampunya,
Setiap hari berkali-kali,
Sehingga sudah tak laku lagi,
Al-Hamdulillah dan Halelujah,
Sudah kosong tidak bererti.
Terlalu ramai para pengampu,
Mengampu Tuhan dengan keliru.
Tuhan tak menghargai semua itu!
Kemahuan Tuhan tak siapa tahu.
Mengapa ditanya tentang tuhan?
Kerana engkau berharap kepada tuhan,
Engkau sengsara mencari jalan,
Kerana harapanmu ada tujuan;
Tapi sabda Buddha yang murni:
"Harapan adalah ilusi,
Hilangkan harapanmu, hilanglah ilusi,
Pasti engkau bahagia abadi.
Kerana dunia adalah Mara,
Jangan engkau terperangkap dalamnya,
Jangan engkau mengejar syurga,
Kerana syurga tetap dunia."
Siapa peduli!
Harapan adalah ilusi?
Maka apakah kasih sayang seorang ibu kepada anaknya,
Kasih bapa kepada anaknya,
Kasih dua pasangan bercinta,
Semua itu dusta belaka?
Kalau begitu baik aku menjadi Shiva,
Memusnahkan segala-galanya.