Tuesday, July 26, 2011

Allah

-Bangun pagi dan masih mengantuk, Audzubillah,
Mandi pagi berjela-jela, Nawaitulillah,
Pergi kelas dengan terpaksa, hai Allah,
Tidur di kelas dengan nyenyaknya, Astaghfirullah,
Bergurau lucah dengan sahabat, Alhamdulillah,
Kena marah dengan orang sebelah, Wallah,
Tengok pasangan beromen bahagia, Masyallah,
Baca suratkhabar BN, Innalillah,
Baca akhbar di internet, Naudzubillah,
Masuk tidur tak boleh nyenyak, Bismillah.


Tuesday, July 19, 2011

Biarkan Aku Menangis Sendiri

-Apakah dunia bisa bertukar ceria
Walau hanya buat sementara?
Kerana bunga-bunga itu telah layu
Dan suria telah surut sayu.
Malam pun menjelma menyentuh aku,
Dan dedaunan menguning layu,
Dan kebiruan langit menghitam nan bisu,
Badai senja menggapai kalbu,
Hati sedih merintih tersedu.

-Kerana itu,
Biarkan aku menangis sendiri.
Kerana ubat kepada kesedihan
Bukanlah waktu,
Tapi ayat-ayat Cinta
Yang bukan berupa kata,
Potret romantis atau asmara,
Bahkan adalah sentuhan isyarat
Dari hati ke hati
Yang mendambakannya.

-Kerana itu,
Biarkan aku menangis sendiri.
Supaya aku bisa berharap,
Tangisanku akan reda di lain hari.

Monday, July 4, 2011

Dirge 21

-Day by day,
And night by night,
Time passes me by.
Why wouldn't he stop,
Or slow himself down?

-You passed me by,
As if you were the Time.
And my beloved Yesterday
Will forever remain that;
Yesterday.

-The sun has set,
The sky has turned black.
But still, here I stand.
Looking at the sinking sun,
Silently, hopelessly.

(The words that I wrote,
They have no meaning,
The songs that I wrote,
They have no rhythm-
Cheers, unrequited love!)