Tuesday, July 19, 2011

Biarkan Aku Menangis Sendiri

-Apakah dunia bisa bertukar ceria
Walau hanya buat sementara?
Kerana bunga-bunga itu telah layu
Dan suria telah surut sayu.
Malam pun menjelma menyentuh aku,
Dan dedaunan menguning layu,
Dan kebiruan langit menghitam nan bisu,
Badai senja menggapai kalbu,
Hati sedih merintih tersedu.

-Kerana itu,
Biarkan aku menangis sendiri.
Kerana ubat kepada kesedihan
Bukanlah waktu,
Tapi ayat-ayat Cinta
Yang bukan berupa kata,
Potret romantis atau asmara,
Bahkan adalah sentuhan isyarat
Dari hati ke hati
Yang mendambakannya.

-Kerana itu,
Biarkan aku menangis sendiri.
Supaya aku bisa berharap,
Tangisanku akan reda di lain hari.

1 comment: