Thursday, January 19, 2012

Kerana Dunia Ini Tidak Kekal Selamanya

-Kita semakin tua, semakin lanjut dimamah usia.
Kerana dunia ini, tidak kekal selamanya.
Kita semakin hilang, semakin jauh di rantau masa.
Kerana dunia ini, tidak kekal selamanya.
Ranting yang patah, hujan yang jatuh,
Hasrat yang punah, jalan yang jauh.

-Dunia semakin gila, semakin sakit ditinjak kita,
Kerana dunia ini, tidak kekal selamanya.
Dunia semakin pudar, semakin kelabu dicemar kita,
Kerana dunia ini, tidak kekal selamanya,
Suria yang rebah, bunga yang jatuh,
Kasih terpisah, jiwa yang jenuh.

-Kerana dunia ini tidak kekal selamanya,
Apa kita bisa berharap akan wujudnya Syurga?
Kerana dunia ini tidak kekal selamanya,
Mengapa harus kita mengharapkan Syurga?
Kerana dunia ini tidak kekal selamanya,
Dan dunia ini tidak harus kekal selamanya,
Apakah kita bisa berharap Tuhan tidak murkakan kita?
Apakah kita bisa berharap Tuhan wujud demi kita?
Kerana dunia ini, tidak kekal selamanya.

No comments:

Post a Comment