-Kirana suria tidak berguna,
Kerana mataku semakin buta,
Semakin jauh mentari cahaya,
Semakin sirna hasrat di dada,
Kudratku hilang iradatku melayang,
Ke masa silam yang semakin hilang.
-Siapa aku, dan mengapa aku,
Bertanya soalan 'siapa aku'?
Apakah wujudku di matamu,
Apakah maknaku di sisimu,
Satu hikayat Majnun nan gila,
Memikirkan bahawa engkaulah Laila?
No comments:
Post a Comment