-Dia tersedar dari mimpi,
Dia melihat ke realiti,
Betapa semua menjadi fani,
Tiada apa yang kekal abadi.
Melainkan Allah, Allah Yang Hakiki,
Allah Yang Kekal Abadi,
Allah Yang Maha Menaungi,
Allah Yang Hidup Dan Tidak Mati,
Allah Tuhan Segala Pemerhati.
Tapi semuanya sudah tak bererti kini.
Dia si celaka memilih mati.
Kerana hatinya tiada lagi,
Diisi dadanya dengan api,
Api neraka dunia yang fani,
Akibat ragu dan lupa diri,
Akibat tidak mau mensyukuri,
Akibat memalsukan cinta sendiri.
Semuanya sudah tak bererti lagi,
Walau dunia masih di sini,
Dia tetap tak bisa merasai,
Akan wujud dirinya sendiri,
Penat, gila, sedih dan benci,
Memenuhi benak yang telah dikotori,
Bernoda, berdosa rasa di hati,
Hati yang menipu dirinya sendiri.
Maka dikeluarkan dari hatinya,
Secebis potret seorang wanita.
Dia meramas potret itu,
Dia menggenggam potret itu,
Dia menatap potret itu,
Lalu hatinya menjadi sayu,
"Aduhai dinda, engkau yang satu,
Kan kubawa di dalam kalbuku,
Walaupun bakal memecah hatiku,
Tetap ku ingat di kamar hatiku."
Maka air matanya keluar,
Tangisannya tiada siapa mendengar,
Dia seorang di dalam kamar,
Hatinya gejolak dan penuh samar.
Maka jemarinya pun bergerak.
Jemarinya bergerak ke arah pisau,
Sebilah pisau yang kilat berkilau.
Ke arah pisau dia mengimbau,
Wajahnya kini mula merisau,
Tapi dia tak ambil hirau,
Ke arah dadanya ditusuki pisau.
Dadanya pecah.
Jasadnya rebah.
Matanya merah.
Dan di matanya terpancarlah kini,
Bayangan neraka berapi-api,
Apinya menjulang dengan tinggi,
Api melebur keluli dan besi.
Tapi semuanya tak bererti kini,
Si celaka matilah kini,
Dunia tetap berada di sini,
Kuranglah seorang jiwa nan keji.
Itu sahaja.
good one...got really deep meaning only the author knows about it...really...keep doing it...
ReplyDelete