Thursday, February 14, 2013

Kehidupan Seorang Lelaki Yang Tidak Berguna Bahagian 1

-Umurnya 23,
Perangainya hina,
Matanya merah menyala,
Akibat bangun pada pukul 3.

-Mimpinya di kala dhuha,
Harapannya meninggalkannya,
Dan dia menjadi hampa,
Tak mahu berdepan dengan dunia.

-Buat apa? Bilangnya.
Bagus aku tidur sahaja.
Persetan sahaja dengan masa,
Kian dikejar, kian menghindar;
Buang masa sahaja mengejar masa yang membuang kita.

-Mahu apa? Bilangnya.
Bagus aku tidur sahaja.
Mimpiku buruk belaka,
Tapi sekurang-kurangnya mereka dusta,
Tak seperti dunia yang menenyeh aku seperti siput mati di jalan raya.

-Lelaki yang tidak berguna,
Membenci dirinya lebih dari segala-gala.

No comments:

Post a Comment