Apa harus dibilang segala kira-kira
Campur tolak sama sahaja;
Aku tetap takkan sampai kepada cita-cita.
Mungkin sekali aku membodohi diriku
Dengan kata-kata gila
Meledak di malam buta;
Mampuslah dunia pengharapan jiwa.
Apa harus dibilang segala kira-kira
Campur tolak sama sahaja;
Pergi mati! Dengan angka-angkamu aku merana.
Sirnakan saja lampu di kaca loka.
Dengan segala kata nista
Yang bisa aku fikirkan di gejolak sengsara
Aku menyumpah seranah
Hakikat kewujudan;
Sialan semua!
Barangkali aku sekadar memenjarakan diriku
Dalam sangkar yang dicitrakanku;
Lenyap tanpa bentuk, kata atau erti makna;
Persetan sahaja ujaran ini semua
Kalimat mengadu pedih sengsara;
Aku tak perlukan semua.
No comments:
Post a Comment