-Dia terbayang akan masa silamnya.
Seekor kucing di dalam tangannya.
Mata kucing itu, alangkah hitamnya,
Terbeliak sudah, disambar ajalnya.
-Kucing itu, dia teringat.
Baru sahaja masuk beradu.
Baru sahaja masuk beradu,
Mobil tuannya pun berlalu.
Berlalu di atas badan kucing itu.
Kucing itu pun menggelupur kaku,
Tiada suara, hanya membisu,
Ususnya keluar, darahnya membeku,
Matanya terbeliak, rahangnya terkaku.
-"Ya Allah, kucing, begini matimu?"
"Matamu cantik sekali."
"Biar aku mengebumikanmu."
-Dan lelaki yang celaka itu, mengimbau kembali.
Tatkala pengebumian si kucing itu,
Hujan dan mendung menari di langit;
Laksana mereka turut merai,
Pemergian kucing selaku si mati.
-Dan cangkul yang dipikulnya,
Dan tanah yang digalinya,
Dan pokok yang menaunginya,
Melihat bagaimana si celaka,
Mengebumikan kucing yang malang nasibnya.
-Si celaka itu, hatinya pun menjadi sayu.
It is God the Gracious, who has taught the Quran, He hath createth man, He taught him plain speech.....
Friday, August 13, 2010
Sunday, August 8, 2010
Detik-detik Matinya Seorang Celaka 4
-Dia terkenang akan sebuah puisi.
Puisi yang pernah didendangkan dahulu.
-Puisi beringin tua nan sepi.
Beringin yang tumbang bukan kerana layu.
-Beringin tua nan terbuang
Dimusuhi rancangan bernama Pembangunan.
-Dia teringat bait puisinya.
Lalu merasa hina dirinya.
-Hina dirinya tak bisa menukar,
Hina dirinya tak mampu membongkar,
Hina dirinya tak pernah menyelar,
Hina dirinya tak akan menggugar.
Lalu hatinya menjadi gusar,
Tanggungjawabnya bakal diujar,
Di satu padang bernama Mahsyar,
Di mana pendosa bakal terbiar.
-"Celakalah diriku wahai Dinding Peratapan!"
-Lalu dia menyanyi lagi,
Bait-bait puisi yang fani.
-"Selamat tinggal angin, selamat tinggal bulan,
Selamat tinggal, kupu-kupu sayang."
Puisi yang pernah didendangkan dahulu.
-Puisi beringin tua nan sepi.
Beringin yang tumbang bukan kerana layu.
-Beringin tua nan terbuang
Dimusuhi rancangan bernama Pembangunan.
-Dia teringat bait puisinya.
Lalu merasa hina dirinya.
-Hina dirinya tak bisa menukar,
Hina dirinya tak mampu membongkar,
Hina dirinya tak pernah menyelar,
Hina dirinya tak akan menggugar.
Lalu hatinya menjadi gusar,
Tanggungjawabnya bakal diujar,
Di satu padang bernama Mahsyar,
Di mana pendosa bakal terbiar.
-"Celakalah diriku wahai Dinding Peratapan!"
-Lalu dia menyanyi lagi,
Bait-bait puisi yang fani.
-"Selamat tinggal angin, selamat tinggal bulan,
Selamat tinggal, kupu-kupu sayang."
Saturday, August 7, 2010
Detik-detik Matinya Seorang Celaka 3
-Dia terkenang sekali lagi
Akan seorang wanita Nasrani.
-Wanita Nasrani yang matanya
Bagaikan lautan berdasar tiada.
-Wanita Nasrani yang suaranya
Melemaskan nafas sebak di dada.
-Wanita Nasrani yang rambutnya
Memabukkan jiwa yang kian bergelora.
-Dia terkenang wajah wanita itu.
Maka hatinya kian celaru.
-Wajah amarah wanita itu
Ketika lidahnya telah terpaku.
-Wajah amarah wanita itu
Ketika hatinya telah kelabu.
-Wajah amarah wanita itu
Ketika jiwanya terbagi seribu.
-Wajah amarah wanita itu
Ketika darahnya berderau laju.
-Dan dia berasa darahnya terhenti
Lalu dia sedarkan diri.
Wanita Nasrani tiada lagi.
Ilusi, ilusi, ilusi, ilusi.
-"Persetan engkau wanita Nasrani!"
"Persetan engkau sampai ku mati!"
"Demi Injilmu yang tidak ku percayai,
Persetan engkau sampai ku mati!"
-Dan matinya lelaki itu, tidak akan lama lagi.
Akan seorang wanita Nasrani.
-Wanita Nasrani yang matanya
Bagaikan lautan berdasar tiada.
-Wanita Nasrani yang suaranya
Melemaskan nafas sebak di dada.
-Wanita Nasrani yang rambutnya
Memabukkan jiwa yang kian bergelora.
-Dia terkenang wajah wanita itu.
Maka hatinya kian celaru.
-Wajah amarah wanita itu
Ketika lidahnya telah terpaku.
-Wajah amarah wanita itu
Ketika hatinya telah kelabu.
-Wajah amarah wanita itu
Ketika jiwanya terbagi seribu.
-Wajah amarah wanita itu
Ketika darahnya berderau laju.
-Dan dia berasa darahnya terhenti
Lalu dia sedarkan diri.
Wanita Nasrani tiada lagi.
Ilusi, ilusi, ilusi, ilusi.
-"Persetan engkau wanita Nasrani!"
"Persetan engkau sampai ku mati!"
"Demi Injilmu yang tidak ku percayai,
Persetan engkau sampai ku mati!"
-Dan matinya lelaki itu, tidak akan lama lagi.
Thursday, August 5, 2010
Detik-detik Matinya Seorang Celaka 2
-Di kala dulu, dia seorang yang yakin
Akan kebenaran lafaz bangnya.
"Tiada Tuhan selain Allah
Muhammad itu Utusan Allah".
-Apakah masih benar kini
Bangnya masih kekal bererti
Ataupun telahkah Allah mengambil kembali
Makna lafaz syahadataini?
-Kerana itu dia berfikir
Tiada Allah selaku Tuhan.
Tiada Muhammad Utusan Allah.
Hilanglah sudah syahadahnya kini.
-"Mengapa begini wahai Tuhanku?
Bukankah aku telah meminta kepadamu?
Jangan Engkau tinggalkan aku?
Jangan dinerakakan aku?"
-"Aku berserah sekarang
Bahawasanya aku memang Iblis
Dan Iblis itu namanya
Bererti putus asa."
-Dia mendengar bunyi azan.
"Allahu Akbar Allahu Akbar!"
"Diamlah engkau wahai muazzin
Kerana aku tidak akan bersolat!"
-Dia terus menghisap rokoknya
Rokoknya ketawa sekali lagi
"Diamlah engkau wahai rokok
Kerana aku tidak akan berhenti!"
-Dia teringat dahulu kala
Sebuah kitab yang dia baca
Tentang Salman al-Farisi
Yang lepas dari gerigi besi.
-"Adakah rela aku menjadi
Seperti Salman al-Farisi
Yang setia bersama Ali
Walau mulanya adalah Majusi?"
-Sungguh, gerigi besi itu
Adalah hatinya sendiri.
Akan kebenaran lafaz bangnya.
"Tiada Tuhan selain Allah
Muhammad itu Utusan Allah".
-Apakah masih benar kini
Bangnya masih kekal bererti
Ataupun telahkah Allah mengambil kembali
Makna lafaz syahadataini?
-Kerana itu dia berfikir
Tiada Allah selaku Tuhan.
Tiada Muhammad Utusan Allah.
Hilanglah sudah syahadahnya kini.
-"Mengapa begini wahai Tuhanku?
Bukankah aku telah meminta kepadamu?
Jangan Engkau tinggalkan aku?
Jangan dinerakakan aku?"
-"Aku berserah sekarang
Bahawasanya aku memang Iblis
Dan Iblis itu namanya
Bererti putus asa."
-Dia mendengar bunyi azan.
"Allahu Akbar Allahu Akbar!"
"Diamlah engkau wahai muazzin
Kerana aku tidak akan bersolat!"
-Dia terus menghisap rokoknya
Rokoknya ketawa sekali lagi
"Diamlah engkau wahai rokok
Kerana aku tidak akan berhenti!"
-Dia teringat dahulu kala
Sebuah kitab yang dia baca
Tentang Salman al-Farisi
Yang lepas dari gerigi besi.
-"Adakah rela aku menjadi
Seperti Salman al-Farisi
Yang setia bersama Ali
Walau mulanya adalah Majusi?"
-Sungguh, gerigi besi itu
Adalah hatinya sendiri.
Detik-detik Matinya Seorang Celaka 1
-Dia bersandar di tepi dinding
Kering sudah badannya.
Laksana Buddha nan berpuasa
Cuma dia bukan Sang Buddha.
-Dia menghisap rokok sebatang
Puntungnya sudah tinggal pangkalnya
Asapnya mengaburkan udara
Berselerak puntung di lantai merata.
-Dia ketawa berjela-jela
Asap tersenyum padanya
Rokoknya mendengar segala cerita
Dinding berbicara padanya.
-"Siapa engkau wahai pemuda?"
"Aku hanya seorang celaka."
Dia menjawab tanpa berasa
Sebarang erti nan sia-sia.
-"Bisakah dikau mendengar cuma,
di saat aku sudah kecewa,
usaha segala sia-sia,
Wahai Dinding Peratapan hamba?"
-Bagaimanakan dinding akan bisa
Menjawab segala persoalannya?
Jelas dia bakal celaka
Dan dia mengenang masa silamnya.
Kering sudah badannya.
Laksana Buddha nan berpuasa
Cuma dia bukan Sang Buddha.
-Dia menghisap rokok sebatang
Puntungnya sudah tinggal pangkalnya
Asapnya mengaburkan udara
Berselerak puntung di lantai merata.
-Dia ketawa berjela-jela
Asap tersenyum padanya
Rokoknya mendengar segala cerita
Dinding berbicara padanya.
-"Siapa engkau wahai pemuda?"
"Aku hanya seorang celaka."
Dia menjawab tanpa berasa
Sebarang erti nan sia-sia.
-"Bisakah dikau mendengar cuma,
di saat aku sudah kecewa,
usaha segala sia-sia,
Wahai Dinding Peratapan hamba?"
-Bagaimanakan dinding akan bisa
Menjawab segala persoalannya?
Jelas dia bakal celaka
Dan dia mengenang masa silamnya.
Walaupun Begitu
Aduh, indah sekali dunia di luar.
Langitnya biru.
Matarinya mekar.
Burungnya hidup.
Awannya polos.
Walaupun begitu
Aku tetap terpaku bagaikan Judas nan disalib.
Aduh, indah sekali hidup bebasnya.
Siangnya siang.
Malamnya malam.
Hujannya hujan.
Panasnya panas.
Walaupun begitu
Aku tetap tenggelam laksana Qarun nan ditelan.
Aduh, indah sekali suara lunaknya.
Sanskrit ia.
Farsi ia.
Latin ia.
Arab ia.
Walaupun begitu
Aku tetap seperti Ayub tiada teman bicara.
Langitnya biru.
Matarinya mekar.
Burungnya hidup.
Awannya polos.
Walaupun begitu
Aku tetap terpaku bagaikan Judas nan disalib.
Aduh, indah sekali hidup bebasnya.
Siangnya siang.
Malamnya malam.
Hujannya hujan.
Panasnya panas.
Walaupun begitu
Aku tetap tenggelam laksana Qarun nan ditelan.
Aduh, indah sekali suara lunaknya.
Sanskrit ia.
Farsi ia.
Latin ia.
Arab ia.
Walaupun begitu
Aku tetap seperti Ayub tiada teman bicara.
Dewi
Aku tidak peduli apa orang lain kata.
Aku tidak mau peduli.
Aku tidak akan peduli.
Kerana aku hanya lelaki.
Aku tidak akan pernah berpatah hati.
Aku tidak mau peduli.
Aku tidak akan peduli.
Kerana aku hanya lelaki.
Kerana kataku ku binasa.
Kerana hatiku ku merana.
Kerana mataku ku membuta.
Kerana mindaku ku menggila.
Kerana sifatku ku kecewa.
Kerana nafsuku ku celaka.
Kerana imanku ku sengsara.
Apakah kerana itu aku bakal peduli?
Menyesali segala perasaan diri?
Membakar semua lagu puisi?
Membunuh segala sisi diri?
Aku hanya seorang lelaki.
Bicaraku dusta
Bicaraku dusta
Bicaraku dusta
Bicaraku dusta
Bicaraku dusta
Bicaraku dusta
Bicaraku dusta
Bicaraku dusta
Bicaraku dusta.
Tapi hatiku takkan pernah memadam
Kebenaran di rasa.
Sanubariku lemah
Sukmaku kelam
Batinku sakit.
Kalau aku berkata
Engkau dewi yang satu-satunya
Engkau tidak akan peduli.
Aku berkata wahai dewi
Kerana engkau
Aku membunuh.
Kerana engkau
Aku terbunuh.
Aku membunuh diriku sendiri.
Aku tidak mau peduli.
Aku tidak akan peduli.
Kerana aku hanya lelaki.
Aku tidak akan pernah berpatah hati.
Aku tidak mau peduli.
Aku tidak akan peduli.
Kerana aku hanya lelaki.
Kerana kataku ku binasa.
Kerana hatiku ku merana.
Kerana mataku ku membuta.
Kerana mindaku ku menggila.
Kerana sifatku ku kecewa.
Kerana nafsuku ku celaka.
Kerana imanku ku sengsara.
Apakah kerana itu aku bakal peduli?
Menyesali segala perasaan diri?
Membakar semua lagu puisi?
Membunuh segala sisi diri?
Aku hanya seorang lelaki.
Bicaraku dusta
Bicaraku dusta
Bicaraku dusta
Bicaraku dusta
Bicaraku dusta
Bicaraku dusta
Bicaraku dusta
Bicaraku dusta
Bicaraku dusta.
Tapi hatiku takkan pernah memadam
Kebenaran di rasa.
Sanubariku lemah
Sukmaku kelam
Batinku sakit.
Kalau aku berkata
Engkau dewi yang satu-satunya
Engkau tidak akan peduli.
Aku berkata wahai dewi
Kerana engkau
Aku membunuh.
Kerana engkau
Aku terbunuh.
Aku membunuh diriku sendiri.
Subscribe to:
Comments (Atom)