Thursday, August 5, 2010

Detik-detik Matinya Seorang Celaka 2

-Di kala dulu, dia seorang yang yakin
Akan kebenaran lafaz bangnya.
"Tiada Tuhan selain Allah
Muhammad itu Utusan Allah".

-Apakah masih benar kini
Bangnya masih kekal bererti
Ataupun telahkah Allah mengambil kembali
Makna lafaz syahadataini?

-Kerana itu dia berfikir
Tiada Allah selaku Tuhan.
Tiada Muhammad Utusan Allah.
Hilanglah sudah syahadahnya kini.

-"Mengapa begini wahai Tuhanku?
Bukankah aku telah meminta kepadamu?
Jangan Engkau tinggalkan aku?
Jangan dinerakakan aku?"

-"Aku berserah sekarang
Bahawasanya aku memang Iblis
Dan Iblis itu namanya
Bererti putus asa."

-Dia mendengar bunyi azan.
"Allahu Akbar Allahu Akbar!"
"Diamlah engkau wahai muazzin
Kerana aku tidak akan bersolat!"

-Dia terus menghisap rokoknya
Rokoknya ketawa sekali lagi
"Diamlah engkau wahai rokok
Kerana aku tidak akan berhenti!"

-Dia teringat dahulu kala
Sebuah kitab yang dia baca
Tentang Salman al-Farisi
Yang lepas dari gerigi besi.

-"Adakah rela aku menjadi
Seperti Salman al-Farisi
Yang setia bersama Ali
Walau mulanya adalah Majusi?"

-Sungguh, gerigi besi itu
Adalah hatinya sendiri.

No comments:

Post a Comment