It is God the Gracious, who has taught the Quran, He hath createth man, He taught him plain speech.....
Saturday, December 11, 2010
Syair 1
Wednesday, November 10, 2010
Batang Rajang
Sunday, October 17, 2010
Countdown
Tuesday, September 28, 2010
Di Ambang Senja
Friday, September 3, 2010
Detik-detik Matinya Seorang Celaka 6
Dia melihat ke realiti,
Betapa semua menjadi fani,
Tiada apa yang kekal abadi.
Melainkan Allah, Allah Yang Hakiki,
Allah Yang Kekal Abadi,
Allah Yang Maha Menaungi,
Allah Yang Hidup Dan Tidak Mati,
Allah Tuhan Segala Pemerhati.
Tapi semuanya sudah tak bererti kini.
Dia si celaka memilih mati.
Kerana hatinya tiada lagi,
Diisi dadanya dengan api,
Api neraka dunia yang fani,
Akibat ragu dan lupa diri,
Akibat tidak mau mensyukuri,
Akibat memalsukan cinta sendiri.
Semuanya sudah tak bererti lagi,
Walau dunia masih di sini,
Dia tetap tak bisa merasai,
Akan wujud dirinya sendiri,
Penat, gila, sedih dan benci,
Memenuhi benak yang telah dikotori,
Bernoda, berdosa rasa di hati,
Hati yang menipu dirinya sendiri.
Maka dikeluarkan dari hatinya,
Secebis potret seorang wanita.
Dia meramas potret itu,
Dia menggenggam potret itu,
Dia menatap potret itu,
Lalu hatinya menjadi sayu,
"Aduhai dinda, engkau yang satu,
Kan kubawa di dalam kalbuku,
Walaupun bakal memecah hatiku,
Tetap ku ingat di kamar hatiku."
Maka air matanya keluar,
Tangisannya tiada siapa mendengar,
Dia seorang di dalam kamar,
Hatinya gejolak dan penuh samar.
Maka jemarinya pun bergerak.
Jemarinya bergerak ke arah pisau,
Sebilah pisau yang kilat berkilau.
Ke arah pisau dia mengimbau,
Wajahnya kini mula merisau,
Tapi dia tak ambil hirau,
Ke arah dadanya ditusuki pisau.
Dadanya pecah.
Jasadnya rebah.
Matanya merah.
Dan di matanya terpancarlah kini,
Bayangan neraka berapi-api,
Apinya menjulang dengan tinggi,
Api melebur keluli dan besi.
Tapi semuanya tak bererti kini,
Si celaka matilah kini,
Dunia tetap berada di sini,
Kuranglah seorang jiwa nan keji.
Itu sahaja.
Friday, August 13, 2010
Detik-detik Matinya Seorang Celaka 5
Seekor kucing di dalam tangannya.
Mata kucing itu, alangkah hitamnya,
Terbeliak sudah, disambar ajalnya.
-Kucing itu, dia teringat.
Baru sahaja masuk beradu.
Baru sahaja masuk beradu,
Mobil tuannya pun berlalu.
Berlalu di atas badan kucing itu.
Kucing itu pun menggelupur kaku,
Tiada suara, hanya membisu,
Ususnya keluar, darahnya membeku,
Matanya terbeliak, rahangnya terkaku.
-"Ya Allah, kucing, begini matimu?"
"Matamu cantik sekali."
"Biar aku mengebumikanmu."
-Dan lelaki yang celaka itu, mengimbau kembali.
Tatkala pengebumian si kucing itu,
Hujan dan mendung menari di langit;
Laksana mereka turut merai,
Pemergian kucing selaku si mati.
-Dan cangkul yang dipikulnya,
Dan tanah yang digalinya,
Dan pokok yang menaunginya,
Melihat bagaimana si celaka,
Mengebumikan kucing yang malang nasibnya.
-Si celaka itu, hatinya pun menjadi sayu.
Sunday, August 8, 2010
Detik-detik Matinya Seorang Celaka 4
Puisi yang pernah didendangkan dahulu.
-Puisi beringin tua nan sepi.
Beringin yang tumbang bukan kerana layu.
-Beringin tua nan terbuang
Dimusuhi rancangan bernama Pembangunan.
-Dia teringat bait puisinya.
Lalu merasa hina dirinya.
-Hina dirinya tak bisa menukar,
Hina dirinya tak mampu membongkar,
Hina dirinya tak pernah menyelar,
Hina dirinya tak akan menggugar.
Lalu hatinya menjadi gusar,
Tanggungjawabnya bakal diujar,
Di satu padang bernama Mahsyar,
Di mana pendosa bakal terbiar.
-"Celakalah diriku wahai Dinding Peratapan!"
-Lalu dia menyanyi lagi,
Bait-bait puisi yang fani.
-"Selamat tinggal angin, selamat tinggal bulan,
Selamat tinggal, kupu-kupu sayang."
Saturday, August 7, 2010
Detik-detik Matinya Seorang Celaka 3
Akan seorang wanita Nasrani.
-Wanita Nasrani yang matanya
Bagaikan lautan berdasar tiada.
-Wanita Nasrani yang suaranya
Melemaskan nafas sebak di dada.
-Wanita Nasrani yang rambutnya
Memabukkan jiwa yang kian bergelora.
-Dia terkenang wajah wanita itu.
Maka hatinya kian celaru.
-Wajah amarah wanita itu
Ketika lidahnya telah terpaku.
-Wajah amarah wanita itu
Ketika hatinya telah kelabu.
-Wajah amarah wanita itu
Ketika jiwanya terbagi seribu.
-Wajah amarah wanita itu
Ketika darahnya berderau laju.
-Dan dia berasa darahnya terhenti
Lalu dia sedarkan diri.
Wanita Nasrani tiada lagi.
Ilusi, ilusi, ilusi, ilusi.
-"Persetan engkau wanita Nasrani!"
"Persetan engkau sampai ku mati!"
"Demi Injilmu yang tidak ku percayai,
Persetan engkau sampai ku mati!"
-Dan matinya lelaki itu, tidak akan lama lagi.
Thursday, August 5, 2010
Detik-detik Matinya Seorang Celaka 2
Akan kebenaran lafaz bangnya.
"Tiada Tuhan selain Allah
Muhammad itu Utusan Allah".
-Apakah masih benar kini
Bangnya masih kekal bererti
Ataupun telahkah Allah mengambil kembali
Makna lafaz syahadataini?
-Kerana itu dia berfikir
Tiada Allah selaku Tuhan.
Tiada Muhammad Utusan Allah.
Hilanglah sudah syahadahnya kini.
-"Mengapa begini wahai Tuhanku?
Bukankah aku telah meminta kepadamu?
Jangan Engkau tinggalkan aku?
Jangan dinerakakan aku?"
-"Aku berserah sekarang
Bahawasanya aku memang Iblis
Dan Iblis itu namanya
Bererti putus asa."
-Dia mendengar bunyi azan.
"Allahu Akbar Allahu Akbar!"
"Diamlah engkau wahai muazzin
Kerana aku tidak akan bersolat!"
-Dia terus menghisap rokoknya
Rokoknya ketawa sekali lagi
"Diamlah engkau wahai rokok
Kerana aku tidak akan berhenti!"
-Dia teringat dahulu kala
Sebuah kitab yang dia baca
Tentang Salman al-Farisi
Yang lepas dari gerigi besi.
-"Adakah rela aku menjadi
Seperti Salman al-Farisi
Yang setia bersama Ali
Walau mulanya adalah Majusi?"
-Sungguh, gerigi besi itu
Adalah hatinya sendiri.
Detik-detik Matinya Seorang Celaka 1
Kering sudah badannya.
Laksana Buddha nan berpuasa
Cuma dia bukan Sang Buddha.
-Dia menghisap rokok sebatang
Puntungnya sudah tinggal pangkalnya
Asapnya mengaburkan udara
Berselerak puntung di lantai merata.
-Dia ketawa berjela-jela
Asap tersenyum padanya
Rokoknya mendengar segala cerita
Dinding berbicara padanya.
-"Siapa engkau wahai pemuda?"
"Aku hanya seorang celaka."
Dia menjawab tanpa berasa
Sebarang erti nan sia-sia.
-"Bisakah dikau mendengar cuma,
di saat aku sudah kecewa,
usaha segala sia-sia,
Wahai Dinding Peratapan hamba?"
-Bagaimanakan dinding akan bisa
Menjawab segala persoalannya?
Jelas dia bakal celaka
Dan dia mengenang masa silamnya.
Walaupun Begitu
Langitnya biru.
Matarinya mekar.
Burungnya hidup.
Awannya polos.
Walaupun begitu
Aku tetap terpaku bagaikan Judas nan disalib.
Aduh, indah sekali hidup bebasnya.
Siangnya siang.
Malamnya malam.
Hujannya hujan.
Panasnya panas.
Walaupun begitu
Aku tetap tenggelam laksana Qarun nan ditelan.
Aduh, indah sekali suara lunaknya.
Sanskrit ia.
Farsi ia.
Latin ia.
Arab ia.
Walaupun begitu
Aku tetap seperti Ayub tiada teman bicara.
Dewi
Aku tidak mau peduli.
Aku tidak akan peduli.
Kerana aku hanya lelaki.
Aku tidak akan pernah berpatah hati.
Aku tidak mau peduli.
Aku tidak akan peduli.
Kerana aku hanya lelaki.
Kerana kataku ku binasa.
Kerana hatiku ku merana.
Kerana mataku ku membuta.
Kerana mindaku ku menggila.
Kerana sifatku ku kecewa.
Kerana nafsuku ku celaka.
Kerana imanku ku sengsara.
Apakah kerana itu aku bakal peduli?
Menyesali segala perasaan diri?
Membakar semua lagu puisi?
Membunuh segala sisi diri?
Aku hanya seorang lelaki.
Bicaraku dusta
Bicaraku dusta
Bicaraku dusta
Bicaraku dusta
Bicaraku dusta
Bicaraku dusta
Bicaraku dusta
Bicaraku dusta
Bicaraku dusta.
Tapi hatiku takkan pernah memadam
Kebenaran di rasa.
Sanubariku lemah
Sukmaku kelam
Batinku sakit.
Kalau aku berkata
Engkau dewi yang satu-satunya
Engkau tidak akan peduli.
Aku berkata wahai dewi
Kerana engkau
Aku membunuh.
Kerana engkau
Aku terbunuh.
Aku membunuh diriku sendiri.
Wednesday, July 14, 2010
Something`s Wrong, Lover
Can you smell it?
Smoke's coming out of the window
And fills the room we are in
Where there's no fire;
Where did the smoke came from?
THE HOUSE HAS BEEN RAZED, MY DEAR!
Wednesday, June 30, 2010
Aku Mau Merdeka
Dari diriku sendiri.
Aku mau merdeka
Dari dunia ini.
Aku mau merdeka
Dari hidup yang persis mati.
Aku mau merdeka
Dari minda yang menyakiti.
Aku mau merdeka
Dari pergantungan.
Aku mau merdeka
Dari pertikaian.
108 pertikaian dalam jiwaku.
Bebaskan aku wahai Tuhanku.
Bebaskan aku wahai dewiku.
Ku perlukan kamu
Lebih dari ku memerlukan diriku sendiri.
Thursday, June 17, 2010
Rain
And I`m not a youngster no more.
Rain falls down on my head,
Oh it`s so lovely.
It`s so lovely to be alone.
Like a cactus in a desert.
Sometimes it flowers so brightly,
But most of the time it stays silent.
Sometimes birds would come by and say hello,
But they will always leave the cactus alone.
The cactus might get devoured by the sandstorm sometimes,
Or get buried under the sand dunes.
But the cactus remains there,
Doesn`t move anywhere,
And does not really care.
Because Death is sure to come to him,
Death is a blissful thing to him.
Death is his lover, Death is his friend,
Death will come no matter how long he waits,
Death will end the life he`s in,
A prison of immobility.
Wish I can be a cactus one day, but a cactus just won`t be me.
And Rain falls today, like the way it does the other day,
Yet it doesn`t fall everyday, and is it lucky that rain falls today?
On a Friday when the sermon is read
To the half-asleep congregation,
Some really listened, but some are dead,
And sleep is a part of being dead.
On a Friday when it rains,
On a Friday the holy day,
The holy day to the believers,
But otherwise it would be just another day.
Another day when blood is shed,
Another day when tears are shed,
Another day when we sweat,
Another day when a person`s dead.
Then shall I say some words of Persian:
Ey Khuda! Ey Khuda!
Why are we so different
Albeit the same colours of blood we`re living on?
Why some are Muslim and some are not,
And beyond the light, there must be darkness,
Is Rain the opposite of Sunny?
Oh, by the name of the God.
And why has the world betray me?
Isn`t the world a place of comfort for the unbelievers?
O, the Prison Keeper,
Release me from the Prison.
I`m a Prisoner, imprisoned by Time,
I`m a Mute, imprisoned by Words,
I`m a Blind, imprisoned by Sights,
And they say your eyes may cheat on you,
Your desire may destroy you,
Your heart may kill you,
And thus the elders of the Malays once said.
And the Rain falls down unstoppable,
And my Word turns to my Anger,
And my Anger turns to my Despair,
And my Despair turns to my Words,
The repeating cycle,
The concurring karma,
And the eroding of faith.
And they say of a Muslim by day,
and a Kuffar by night,
Am I that person?
Deny the Truth?
Truth is the God,
God is the one you`re denying?
Oh, the caravan of Time.
The Rain falls down,
And I am insane,
And an insane person does not Pray to the Lord.
Saturday, May 8, 2010
Keroncong Sepi
Membawa kepada malam nan suram
Hari nan kelam
Diiringi kehitaman malam
Hati pun muram
Durja kerna tiada cahaya
Cinta kan hilang
Hilang dek ditelan masa
Tiada nan kekal
Jika ada permulaan
Pasti kan ada
Titik noktah yang kemuraman.
Keroncong sepi
Dendangan buat hati yang tak pasti
Sama akan hidup sama akan mati
Tiada nan bisa kata nan tertutur di bibir
Tiada rasa yang bisa dirasai
Persis si gila yang warasnya dicuri
Oleh si Tuhan yang Tak Bisa Difahami.
Sungguhnya haru
Bila ku terkenang pada manismu
Mampukah aku terus menunggumu?
Atau kan aku memadam segala mimpiku
Dan langkah demi langkahku kan ku menjauh darimu
Kerana kita dibatasi ruang dan waktu
Keroncong ini kulakar buatmu......
Sunday, March 21, 2010
A Traveller
A traveler.
No more place to call a home
No more.
No more family to be seen
No more.
No more lover to be loved
No more.
Songs of farewells
Play in my heart.
And oh Lord the Eternal,
I am terrified.
The uncertain future
Have arrived.
I've got no guns,
And got no guts.
It feels just like Hussain,
At the Battle of Karbala.
With only one difference;
I pray I can get back home.
To you.
Monday, March 8, 2010
Friday, March 5, 2010
March
The perfect month to begin a march.
Where do I go?
Heaven? Hell?
Really, I just wish I have a place where I can belong
Shelter from this world
Away from the Time
Away from the Date
Away from the All-Seeing Eye.
Yes, I reckon, this is the month of March.
Is the God laughing?
Sunday, February 28, 2010
Friday, February 12, 2010
Thursday, January 28, 2010
Dirge 1
the water that fills my eye
the flesh that fills my brain
said no:
this world is just a lie.
what is real?
what's the truth?
if you ask the blatant question
God will blatantly not answer you.
it is the time.
i'll be the air
swept along with the wind
disappear
with no trace.
The Fear Of The Dark Will Not Make You See The Light
goodbye to the sweetest dream i've ever had
in my life.
it is the time i say goodbye
goodbye to the times i've been wasting
am i in a deep loss?
it is the time i let it go
letting things that should go away go
am i strong enough?
for Lord, oh Providence
i ain't going to see the past no more.
if the Time is a concrete, I'll break it,
if the Time is a flow of water, I'll boil it
Make the Time disappear!
If only I were a mere human
Doesn't care about the Time
Only walking forward, forward and forward
Without Fear?
Oh I'm so afraid.
Paper, paper, oh dear paper
Blank and blank as blank paper
Paper, paper, is it better
If Time, indeed, were to disappear?
No.
The one who disappears
Is me.
Dagen Ati Bei Darak
munlah kenah, ne
ako bak mulik
mulik mapun lahabei
nyadin anak umit
pilak udik jawai nyilou
jawai suci, senyum
debei memikir hal dosa paala.
munlah kenah, ne
ako bak makau
aruh sama lahabei
pelik kedau sama lahabei
debei bingung nasang wang ati
dagen ati bei darak
darak mei nukut dunia.
munlah kenah, ne
ako bak patang
renah amau padang rumput
bersulihkan tanak
beratapkan langit
pilak manok tilieng baw ako
debei nasang beraie wang ati.
Wednesday, January 20, 2010
I Hate
This world of mine.
I hate
All the things that I've seen.
I hate
The Good and The Bad.
I hate
The Sky, blue and cracked.
If it ain't for you, my love
If it ain't for you, my heart
If it ain't for you, my sun
I'd die.
I hate
This world full of lies.
I hate
The Passage of Time.
I hate
This prison named World.
I hate
The foolishness within.
If it ain't for you, my light
If it ain't for you, my truth
If it ain't for you, my night
I'd die.
I hate
This feeling called Hate.
I hate
Myself for hating.
I hate
To be a human
The only thing
I would love is you.
If it ain't for you, my rose
If it ain't for you, my soul
If it ain't for you, my life
I'd die.
Thursday, January 7, 2010
Bahtera Waktu
Tiada pelabuhan, tiada arah tuju
Penumpangnya tak bisa lari
Dan aku hanyalah seorang penumpangnya
Penumpangnya yang tak bisa lari.
Wednesday, January 6, 2010
Selau
-tang ibak laengit
teleo makau
betis makat
kemalui timur
-bei pangai
keman a awan
kesingor tan
biah akeo
-jawai kaao
bei jumik senyeum
kalikah
jawai keo bei nou-nou?
-kaeo mei sigah
tapi matah nyileo
bei sinaer
kebuyak selau?
a kali.
-ke likou telou makau
senibal betis
agemkeo
geneggem agemmeo
-sadikkah bak akeo
menapser
kealus agemmeo
seninta kaeleo?
-diakkah bak akeo
mengarep
wang atikou
kelumit nasang
senayang sinta?
-kenah ageikah akeo
bearep
tang kaao
segala nasangmeo?
kemejuk
-aruh ih debei nou-nou
debei nawan debei tenunjuk
kelilahan kenesesat
debei agei jawai kelou
-tenudip amau likou
ibak laengit akeo pelou
terkedang dagen duah
pangai tan kesingor
-susui tang akeo sinta
kelou bei nasang sinta
anou dengah? kemudip ageika nasang ih?
-susui tang akeo kasih
kelou agei luk kenasih
anou dengah? kemudip ageika nasang ih?
-kaao murau
kenahka akeo pelibeo?
kemejuk angai
kelukka akeo pelibeo?
A Tileng (Nurafila)
-Biru a laengit
Biru a laut
Putik a awan
-Mejet a pangai
Mejet a silau
Mentari kunin
-Pautlah angaei
Akeo katileng
Ibakkeo pedan
Laut Kina Selatan.
-Manis a jawai
Manis a matah
Mereo Keling.
-Dadit a biah
Dadit a bbog
Jawak angaei.
-Pautlah angaei
Akeo kajapah
Wagen atikeo
Nurafila.
Kemejuk Keman Batang Rajang
-Bei neo wang atikeo?
Akeo pilak.
Enda bei neo.
-Alah bei barang
Nan keo beraie.
-Kemejuk keman batang Rajang,
debei tenawan bak menukut nasangkeo,
debei arah bak tenuju,
Kenahkah akeo terus kepamat?
-Mapun ujung dunia.
-Lau silih sunih berganti silih sunih,
Matari nait, alu labuk udik,
PAPAK!
Matai kelilahan nah.
The Little Girl
The Little Things
-The sun rises again.
With it the blue sky.
The moon disappears
And the day begins.
-Daily prayers to the Feelingless God
"O Allah give me a feeling."
Were answered in a tricky way
A pretty-eyed girl.
-I begin to wonder
What shall happen? And what will not?
The love that can blossom?
Or yet another breakdown?
-Big news don't matter to me
Nor does any other.
I have only myself
To blame for my sins.
-The pretty-eyed girl
Smiles in her different way?
The Signs of God?
The Tricks of the World?
-Blame it on the All-Seeing Eye?
Or blame Adam and Eva?
Blame the depressing government?
Or blame my own self?
-The little things of the life
Makes me wonder
If Allah the God really has plans
Or does these things spontaneously.
-In He I believe
To Him I worship
But I will only love
A female human.
-Could it be Her
The pretty-eyed girl
The short-statured girl
Is She the One who will set me free?
O, Allah, the Lord i can never understand.
In This World
-In this world I live
Painted with stains of sins
Yet I still want to be in His Grace.
-Where can I satisfy my thirst for love?
My love, where should I give?
Into hymns of poetic misery I cry.
-Do I exist to Him?
What am I to Him?
In this world I cry.
-Dearest Providence.
If the sun may shine
On this barren land;
-From the deepest, darkest part of my heart
I shall pray
Someone please set me free.
Goodbye, Sweet Time
-Say goodbye to the yesterday.
I ain't going to see you no more.
-Gone with you are the memories
Of a carefree world of me.
-Ain't got no love, no excitement
And surely no pain.
-Goodbye, sweet time,
I ain't going to see you no more.
Dream
-It felt like a dream.
To fall in love
Be unrequited again.
-Just like a dream to see you
Smile.
-As my hopes fade away
And time passed me by.
-It felt like dream, if I can tell you
My unrequited dream.
September
-September, how long I've known you?
I wonder how much time has passed.
-September, how longer do I have to wait
For my love to come.
-She's a pretty girl
The prettiest one I've ever seen
Since the angel of sleep
Left me for her sun.....
-She's a pretty girl
Yet another one that I can never get
And I don't know what to do now
Now I'm getting so tired......
-September, how long it has been
Since I last saw you.
-September. how funny my story is
Wonder if I can survive.